• MEMBINA HARAPAN YANG CEMERLANG

  • Menjadi sebuah syarikat penerbitan dan pembekalan
    yang berdaya maju, berdaya saing dan inovatif.

  • Menawarkan kadar harga yang berpatutan dan perkhidmatan
    yang berkualiti agar dapat memuaskan kehendak pelanggan.


    Menjanjikan perkhidmatan yang cekap, cepat dan efisen.

Latar Belakang Syarikat

Rimbunan Ilmu Sdn Bhd (RISB) ditubuhkan pada 29 Disember 2004. RISB merupakan syarikat penerbitan yang berstatus bumiputera yang menjalankan aktiviti perniagaan berkaitan dengan penerbitan dan pembekalan buku ke sekolah-sekolah dan juga agensi kerajaan di seluruh Malaysia.


Sepanjang 15 tahun beroperasi dalam industri penerbitan buku, RISB kini mempunyai kakitangan yang berkemahiran, mempunyai sistem sokongan dalaman yang efisien, hubungan pembekal-pembekal dalam dan luar negara yang mantap, rangkaian rakan pembekal di seluruh negara, hubungan perbankan yang baik, senarai pelanggan yang ternama dan strategik serta hubungan rantaian nilai dalam industri penerbitan dan pencetakan yang lengkap. Rangkaian yang kukuh ini membolehkan RISB menyokong sebarang keperluan industri dalam bentuk penerbitan bukubuku dan majalah, penerbitan tajuk baru mengikut keperluan, penghasilan dan pengolahan semula buku dari luar negara dalam bahasa Melayu dan pencetakan sebarang makalah dan bahan penerbitan.


Kini, berbekalkan kakitangan profesional seramai 49 orang dan pengalaman selama 15 tahun dalam industri penerbitan, RISB berjaya meletakkan diri sebagai salah satu syarikat penerbitan tempatan yang berdaya saing dan dikenali oleh rakan dan pelanggan dalam kalangan jabatan kerajaan, agensi kerajaan, kerajaan peringkat negeri serta pusat pengajian tinggi awam dan swasta.

E-commerce Website

Pencapaian Jualan

You have a project in your mind ?

Or simply you want to say hello ?

At vero eos et accusamus et iusto odio dignissimos ducimus qui blanditiis praesentium voluptatum deleniti atque corrupti quos dolores et quas molestias excepturi sint occaecati cupiditate non provident, similique sunt in culpa qui officia deserunt mollitia animi, id est laborum et dolorum fuga.

hubungi kami
Jualan Korporat Syarikat
90%
Jualan Website
40%
Jualan Shopee
30%
  • Tahun Ditubuhkan 2004
  • Bilangan Tajuk Diterbitkan 300

PERKHIDMATAN

Penerbitan

RISB mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bidang penerbitan. Semenjak ditubuhkan, RISB telah menghasilkan lebih dari 300 tajuk dalam pelbagai bidang menggunakan kepakaran dalaman dalam bidang ilustrasi, reka bentuk, penulisan dan perkongsian dengan rakan-rakan strategik dari dalam dan luar negara. Hasil penerbitan RISB kini boleh ditemui di sekolah-sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan, sekolah-sekolah KAFA, sekolah-sekolah tadika dan agensi-agensi kerajaan negeri.

Pengedaran

RISB telah diberi kepercayaan oleh beberapa pengedar terkemuka untuk mengedarkan buku-buku terbitan luar negara bagi pasaran tempatan. Oleh kerana RISB banyak memberi fokus kepada pasaran pendidikan, maka banyak buku yang diedarkan oleh RISB berasaskan kepada subjek pendidikan. Menerusi pasukan pemasaran dan rangkaian pengedar RISB di seluruh negara, banyak buku bercirikan pendidikan diedar oleh RISB ke seluruh negara.

  • Impian Memacu Kecemerlangan Dalam Bidang Penerbitan Menjadi Kenyataan

    Dato’ Mohd Salleh Saidin― Founder

  • Impian Memacu Kecemerlangan Dalam Bidang Penerbitan Menjadi Kenyataan

    Dato’ Mohd Salleh Saidin― Founder

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak kami.

Hantar mesej

Mesej anda telah berjaya dihantar. Terima Kasih!

Maaf, mesej anda tidak dapat dihantar.